BIODATA TOKOH

DATO DR. HAJI MOHD FADZILAH KAMSAH
Penaung Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin (PPIT)
- Lahir 16 Julai 1951
- Pakar motivasi Malaysia
- Mengendalikan 15,000 kursus professionalisme dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta, metodologi dakwah, keusahawanan, penulisan dan kekeluargaan.
- Menulis lebih 40 buah buku
- Tokoh Maal Hijrah 2008 Selangor
- Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian (Kepujian Kelas Pertama) Universiti Malaya
- Ijazah Sarjana Muda Sains Kewartawanan Pertanian
- PhD. dalam Psikologi Keorganisasian Universiti Wisconsin USA

USTAZ HJ. AHMAD FIRDAUS BIN MOHAMMED ALI
Pengasas Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin (PPIT)
- Lahir 26.09.1982
- Aktif dalam kerja-kerja pembangunan masyarakat
- Pengasas dan Mudir Pengajian Tahfiz PPIT
- Imam Negeri bertauliah
- Pendakwah Bebas
- Penceramah Radio Malaysia Perak FM
- Ilmu Islam Madrasatul Quran Kubang Bujuk Serada, Terengganu
- Pengajian Islam dan Ilmu Madrasah Mazharul Ulum MTQ Penanti, Pulau Pinang (1995-2008)
- Aktif mempelajari ilmu Al-Quran dan Hadis secara bersanad dengan Masyaikh dari dalam dan luar negara.
Info Am:
Almarhum Tuan Haji Abdul Samad bin Masoud adalah antara tokoh penting kariah Chemor (1920M). Almarhum merupakan datuk kepada dua orang tokoh di atas.
PENGENALAN
Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin (PPIT) merupakan sebuah institusi pengajian yang beriltizam menerajui bidang pendidikan ilmu Islam dan kemahiran bagi golongan warga emas, asnaf, muallaf, remaja dan dewasa (Bidang Tahfiz & Pengajian Islam).
Terletak di Chemor, Perak, pusat pengajian Islam yang sedang dibangunkan ini mendapat sokongan masyarakat, para ilmuan, agensi kerajaan serta barisan kepimpinan negeri Perak Darul RIdzuan.
Berpotensi memberi impak besar ke arah pembangunan insan kamil, perspektif gagasan gabungan pendidikan Islam warga emas, asnaf, mualaf dan remaja bakal mendokong konsistensi wasatiyah, perhubungan dan kelestarian bermasyarakat
Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin telah mendapat kepercayaan dan kebenaran Jabatan Mufti Perak untuk dibangunkan di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam Perak serta didaftarkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK/TAHFIZ/IP.166/18).
Indikasi keyakinan terhadap kredibiliti dan potensi pembangunan pusat pengajian ini amat jelas melalui keistimewaan memperolehi pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia. No Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.8384
5 SEBAB PPIT PERLU DIBANTU
- Menyediakan penempatan dan pusat pembelajaran ilmu Islam dan kemahiran untuk golongan warga emas, asnaf dan mualaf.
- Pengajian ilmu Islam warisan dan kotemporari serta bidang kemahiran.
- Menjadi hub keharmonian antara kaum (Program dan aktiviti kemasyarakatan, dakwah dan akhlak Islami)
- Dibangunkan di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (Maipk) dan berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk)
- Non-Profit Organization. Institusi pengajian Islam yang berkonsepkan derma dan wakaf.
Maklumat Projek Fasa 1 Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin
1. Pondok Warga Emas - 70 unit

2. Rumah Guru Berkembar - 2 unit

3. Dewan Kuliah - 1 unit

4. Kedai Desa - 6 unit

Lokasi Projek Fasa 1 PPIT

MAKLUMAT SUMBANGAN DAN WAKAF
1. Derma/ Wakaf 1 Kaki Persegi RM60
Kos keseluruhan pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin Sebanyak RM10juta.
Derma - Wakaf bagi 1 Kaki Persegi RM60
2. PAKEJ WAKAF RM 1000 1 KELUARGA
Pakej Wakaf ini bakal mengumpulkan seramai 60 orang pewakaf bagi membina 1 unit rumah pondok wakaf.
Sebanyak 70 unit rumah pondok wakaf tersedia untuk dibina di kampus PPIT.
Para Pewakaf Pakej Keluarga ini akan menerima resit beserta Sijil Wakaf Khas.
<iframe frameborder="0" allowtransparency="true" style="display:block;border:none;height:100vh;width:100vw;" src="https://wakafppit.ordersini.com/view/s/derma-pembangunan-pusat-pengajian-islam-at-taiyyibin?iframe=yes"></iframe>